Pages

Wednesday, March 2, 2011

sekadar mengingatkan...

salam.. ok seperti bese nukilan aku ni utk berkongsi ngn smua kt luar (kalu de yg bce…) tp perkongsian kali ni agk berbeza. kalau posting b4 ni aku ungkapkan melalui kata2 aku, dan dr sudut pndangan dri seorang mnusia kerdil yg sentiasa terbuka kpd kesalahan atau ketidaksemprunaan.. kali ni aku memetik kata2 dr seorang hamba yg yg terpuji dan ma’sum (terhindar dr sgala dosa), Nabi Muhammad. dan juge dr Yang Maha Mengetahui tanpa batas.
Rasulullah pernah bersabda:
“… Allah, Tuhan kita turun ke langit dunia pada setiap malam ketika masih tinggal sepertiga malam yg terakhir sambil berfirman; adakah sesiapa yg berdoa (pd waktu ini), maka Aku perkenankannya. adakah sesiapa yg ingin meminta sesuatu (pd waktu ini), maka akan Aku kurniakannya. adakah sesiapa yg ingin memohon ampun (pd waktu ini), maka Aku akan ampunkannya..”
  •  kata-kata ini menggalakkan kita umat Islam utk bangun menunaikansolat tahajud kerana waktu tersebut adalah waktu yg mustajab utk berdoa. bertahajud juga boleh mngelakkn kite dr melakukan dosa. x susah pn, bngun seketika dan tunaikan solat sunat..2 rakaat pn da ckup. klau bngun tgok bola leh, klau stay up study or siapkan esemen leh, x kan x mampu nak spend 5 min utk mengadap Tuhan yg menciptakan kte..
” sesungguhnya bg setiap ssuatu itu ada hati dan hati al-Quran ialah Surah Yassin. sesiapa yg membacanya dituliskan oleh Allah pahalanya menyamai 10 kali membaca al-Quran seluruhnya…”
  • dijelaskn betapa tingginya darjat surah Yassin..surah yg sepatutnya sudah sebati dlm diri kite, in fact kte patut da hfal pn surah ni. tp jgnlah salu membaca surah Yassin je tp x mahu bce surah2 yg lain dlm Al-Quran. sekurang-kurangnya bace lah 10 ayat sehari, ssunguhnya kte x termsuk dlm golongan org yg lalai..
” selepas solat subuh sehinggalah terbitnya matahari dgn berzikir pd Allah, memuji-Nya, b’tasbih kpd-Nya dan bertahlilkpd-Nya; itulah lbh aku sukai drpd memerdekakan 2 atau lbh hamba sahaya dr bani Ismail. begitu juga selepas solat asar (menyibukkan dri ngan zikrullah) shnnga terbenamnya matahari; itulah lbh aku sukai drpd memerdekakan 4 atau lbh hamba sahaya dr bani Ismail…”
  • hadis ini sebenarnya menceritakan tntg kelebihan berzikir kpd Allah. dan sbenarnya berzikir Mathurat adalah senarai zikir2 yg patut kte amalkan krana itu adalah zikir2 yg diamal oleh Rasulullah. jd spend la dlm 10 min utk bce Mathurat, klau xleh buat 2 kali sehari, sekali sehari pn da ckup bgus.
“…sepagi kamu mempelajari dan membaca 1 ayat drpd kitab Allah adlah lbh baik drpd kamu solat 100 rakaat nafil..dan jika kamu mempelajari 1 bab drpd kitab Allah adlh lbh baik drpd kamu bersolat 1000 rakaat nafil..”
  • tuntutan membaca mukjizat yg diturunkan kpd Nabi Muhammad iaitu Al-Quran. Al-Quran adalah utk manusia, kpd manusia dan tng manusia. guidance, syifa’(cure) and story about many things.
Allah berfirman:
“… berdoalah kamu kdp-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. sesungguhnya org yg sombong takbur drpd beribadat dan berdoa kpd-Ku, akan msuk neraka Jahannam dlm keadaan hina dina.” (Al-Mu’minun, 40)
  • senjata umat islam adalah doa. doa yg menghubungkn kte dgn Pencipta kte. jgn sombong utk berdoa krana Allah sntiasa menyuruh hamba-Nya meminta kpd-Nya bkn kpd bnda yg lain. berdoa dgn penuh keyakinan kpd Allah dan jgn putus harapan. jgn sesekali lupakan Allah krana itu akan membuatkan Dia jauh dgn kte.
” Sesungguhnya orang-orang yang berbuat kebajikan minum dari gelas (berisi minuman) yang campurannya adalah air kafur, (iaitu) mata air (dalam surga) yang daripadanya hamba-hamba Allah minum, yang mereka dapat mengalirkannya dengan sebaik-baiknya.  Mereka menunaikan nazar dan takut akan suatu hari yang azabnya merata di mana-mana. Dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan.” (Al-Insaan, 5-7)
  • sebetulnya Allah mengingatkan kte bhawa barangsiapa yg memberimakan org yg sengsara, dlm kesusahan dan memerlukan, kelak akan memperoleh blasan yg lbh utama disisi Allah. tiap yg menanam kebaikan pasti akan memetik buahnya di kemudian hari. stiap perkara yg kte lakukan sma ade baik atau tidak, ttp akan mendpt balasannya. 
sebelum aku menutup coretan, nk say thanks 2 kwn aku sbb peringatan ni dia yg bg n aku sbgai shabat dan seorang Muslim hnya ingin menyampaikan utk sahabt2 diluar sne. mau ambil pusing atau tidak, itu terpulang kpd msing..ssunguhnya berpegang teguh la kpd Al-Quran dan Hadis krana hnya itu yg ditinggalkn oleh Rasulullah utk umatnya..kte x kan rugi pe tp rugilah kte jika kte mngabaikan nya..
Katakanlah: “Ta’atilah Allah dan Rasul-Nya; jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir.” (Al-Imran, 32)

No comments:

Post a Comment