Pages

Saturday, November 26, 2011

saya sibuk...

Salam...


dah lame benor enggak update blog..banyak bnde nak cerita tapi M.A.L.A.S nak taip..hehe..mase saya pun makin berkurang sekarang. kurang untuk mak n abah, utk akak2, utk diri sndiri and utk org lain.. TAPI still saya tetap update tentang diri dorng and diri saya... SIBUK bukan satu alasan yang wajar utk kita tidak 'melunaskan' tnggungjwab kita sbagai khalifah-Nya, seorang anak, seorang pendakwah and seorang kawan. KESIBUKAN mungkin satu cara untuk 'menyelamatkan' diri kita tapi masih belum ckup untuk 'memujuk' hati mereka-mereka yang saya namakan di atas.

Kalau nak cakap tentang SIBUK ni..mmg mcam2 tafsiran. kita SIBUK untuk perkara yang x perlu, kita SIBUK untuk perkara yang perlu. PENYIBUK pun ada.. buat2 SIBUK pun ada..semua tu saya rasa saya pernah buat..hehee...

Biar seSIBUK mana pun kita...'hutang' dan janji kita kepada Sang Pencipta jangan dilupa.. kalau nak g shopping, boleh je..tapi jangan lupa solat... x sampai 10min pun. nak berbelanja untuk diri sndri  pun xde salahnya..tapi jangan lupa bersedakah...x perlu beratus-ratus pun. nak kerja sampai malam pun xde masalah.. tapi jangan lupa mengingati-Nya (buat yang dituntut, tinggal yang dilarang)..

Biar seSIBUK mana pun kita...'hutang' dan janji kita kepada yang melahir dan membesarkan kita jangan diabaikan... kalau nak pergi jauh smpai mane pun boleh je..tapi jangan lupa 'update' tntg diri kita kpd mak n abah. x smpai 5 min pun. nak berbelanja sampai kedai tutup pun xde salahnya...tapi jangan lupa beli untuk mak n abah..xperlu smpai beratus pun. nak kerja 30 hari sbulan pun xde msalah...tapi jangan lupa balik n jenguk mak n abah...
Biar seSIBUK mana pun kita...peranan kita untuk menyeru jangan dipersia. mana-mana pun boleh dijadikan medan dakwah. kt shopping complex ke, kat darat ke, air ke, udara ke, or kat tmpt keje pun dakwah itu perlu 'wujud'. xperlu la nak tnggu de Dr., Prof. or Ustaz n Ustazah kat depan tu baru nak berdakwah. Kita smua adalah Pendakwah...dah diberi 'anugerah' tersebut sjak lahir, just sama ada kita nak terima and hargainya je. tak perlu tnggu kita hafal 20 juzuk Al-Quran and 50 potong hadith baru nak 'berhujah'. tapi klau kite berjaya hafal kn lagi bgus and dapat gak pahala..

Biar seSIBUK mana pun kita...peranan kita sebagai sahabat jangan diambil mudah. shopping la kat 10 buah mall pun, kerja la sampai x makan pun tapi jangan la smpai nak tnye kabar sahabat2 pn x smpat. sahabat2 yang sentiasa bersame kita ketika kita memerlukan dahulu..mane tau mereka sdang memerlukan kita saat ini. mungkin mereka diam, x bercerita dan x bagitahu sbb tau kita SIBUK. tapi x semestinya mereka sdang bahagia dan gembira sntiasa. pe lah salahnya ajak dorng g makan ke, g jalan2 ke. xprlu seharian brsama mereka, cukuplah ingatan dan penghargaan seperti itu.

kita diberi masa 24jam sehari dan sangatlah x logik jika hanya satu atau dua bnde yang dapat dilakukan dalam sehari. kalau kerja kita banyak pun kita mmpu siapkn (even perlu stay back or stay up), pe kate selitkan dalam 'agenda2 penting' tu dengan 'agenda yg LEBIH penting'..iaitu menjadi hamba-Nya, anak, pendakwah dan sahabat yang SETIA. sebab bukan baju2 yg kte beli kt shopping mall atau duit yang berkepuk kita kmpul kt bank tu yang akan teman kita mase kite sunyi dan sedih tapi ALLAH, MAK n ABAH, dan SAHABAT yang akn 'memujuk' kita.
kalau kita cakap, "aku sibuk..", memang semua orang SIBUK kat dunia ni. sebab semua ada tnggungjawab dan peranan masing2. jadi kalau kita semua 'claim' diri kita SIBUK,  dan SIBUK menjadi alasan untuk 'melarikan diri', bagaimana lah dunia ini...hmmm...

Rasulullah juga SIBUK, barangkali orang yang PALING SIBUK di dunia ini..tanggungjwab Baginda 100 kali lbh besar dari kita tapi masih mampu mnjadi hamba yang taat, suami yang bertnggungjwab, ayah yang penyayang dan rakan yang sering membantu. jadi apa alasan kita?