Pages

Sunday, February 17, 2013

Cinta Seorang Pemuda

  • Saya suka sangat tengok jari jemari teman wanita saya, cantik betul. Sungguh!! Sampai saya takut nak pegang. Bukan takut jar-jemarinya patah, tapi takut nanti jari-jemari kami tidak boleh saling bantu membantu di satu hari yang amat dahsyat di hadapan Yang Maha Esa!
  • Saya suka sangat tengok rambutnya. Cantik betul...sungguh!! Sebab itu saya belikan dia tudung. Bukan sebab cemburu orang lain tengok, bukan! Tapi sebab saya mahu rambutnya sentiasa ditutup macam iklan dot dot dot itu sampai bila-bila... takut nanti terbakar dek api neraka, di suatu hari yang amat dahsyat di hadapan Yang Maha Pencipta!
  • Saya suka sangat tengok body teman wanita saya... solid betul. Sungguh!! Sebab itu saya belikan dia telekung supaya masa dating dengan Kekasih dia Yang Utama, dia jaaaaaaaaauh lebih cantik dan berseri menghadap-Nya. Saya pun tumpang dapat pahala.... syoknya!
  • Saya sedih sangat bila tengok teman wanita saya tidak tidur, tidak makan sebab rindukan saya. Saya pun macam itu juga. Si dia tanya, "Apa ubatnya, bang?" Saya pun bagi dia al-Quran sebagai penenang jiwa...semoga dia cintakan-Nya lebih daripada saya.
  • Saya sedih tengok dia selalu pesan macam-macam. "Makan, minum, jaga diri, pandu kereta elok-elok... nanti awak sakit saya juga susah hati... bla bla bla bla." Tapi bila tengok wayang sama-sama, terlepas Asar dan Maghrib begitu saja, dia tidak kata satu pun. Aduuuuh...berdosanya saya!
  • Saya memang sayang sangat pada dia. Saya mahu jumpa dia, bersama dia, cinta secinta-cintanya. Cinta yang abadi di dunia dan berkasih sayang di akhirat, ber'dating' di syurga kerana di situlah tempat yang kekal selama-lamanya.
  • Doakan kami saling ingat mengingati, insaf menginsafi. Ya Allah, ampunkanlah kami... semoga kami dapat kekal bersama selama-lamanya, di syurga nanti. Amin..
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda, “Pada hari kiamat Allah berfirman: Di manakah orang-orang yang saling mencintai kerana keagunganKu? Pada hari yang tiada naungan selain naunganKu ini, Aku menaungi mereka dengan naunganKu”.

kahwin....yuhuu...!!

Salam..

Hahaha..tiba2 je nak update blog. em... maybe rase rindu nak menulis.. banyak idea tapi mmg takde daya nak menulis kt sini.. otak ni sentiasa ligat dan aktif berfikir.. bukankah itu yang disuruh sebagai umat Islam??
KAHWIN... ramai sangat orang kahwin tahun 2013. tak kisah lah yang lagi tua or lagi muda dari aku skalipun. alhamdulillah jodoh anda sudah sampai. moga pilihan itu, adalah pilihan yang tepat dan anda bahagia hingga ke akhirnya..

Bila ramai orang menamatkan zaman bujang, bila umur makin meningkat (padahal tak tua la sgt..;-p), makin kerap org bertanya tentang giliran aku. hahaha.. bagi aku, itu semua doa. dalam diam aku mengaminkannya dalam hati. siapa tak nak kahwin? giler xnak kahwin... hehehe.. semua nak merasai sunnah nabi yang satu ini. ada yang cakap, best!! ada yang cakap kena prepare dari every aspects, ada yang cakap bestnya hanya awal2 perkahwinan. macam2kan... yelah, setiap orang mendapat bahagian yang berbeza.

aku?? bagi aku, perkahwinan sama saja seperti perkara2 yang aku lalui dalam hidup. ada tanggungjawab dan ada cabarannya. tak kahwin pun, kita memang sedia ada tanggungjawabnya, dugaan2 pun tetap ada(walaupun mungkin berbeza). bagi aku juga, perkahwinan perlulah membawa aku ke stage yang lebih tinggi (dari segi iman dan amal). kerana setiap keputusan yang kita ambil, perlulah berpaksikan kerana Allah. ramai yang berkahwin dulu, barulah meletakkan goal/aim mereka. tapi bagi aku, goal/objektif perkahwinan itu perlu ada dulu SEBELUM kita berkahwin. dengan itu, barulah kita akan melakukan segala usaha,   mempelajari ilmu2 yang perlu dan akhirnya memilih yang memenuhi kriteria yang perlu untuk mencapai objektif perkahwinan itu.

tiada lain nya atau uniknya kahwin itu, itu juga adalah proses kehidupan. yang mana kebanyakan orang menganggap, kehidupan mereka lengkap selepas mendirikan rumahtangga. ya...betul!! kerana kita melengkapi dan memenuhi fitrah yang ada dalam diri. ingin disyangi, dicintai dan dihargai. but then, if belum kahwin pun kita tak pandai untuk menyayangi, menyintai dan menghargai, bagaimana kita selepas kahwin?? atau yang lebih tepat, apa nasib pasangan kita kelak??

ada orang didunia ini, pernah kahwin namun jodoh mereka x panjang, kini bersendirian kembali. ada yang, alhamdulillah jodoh mereka kekal hingga mati, tapi yang paling nikmatnya bila jodoh mereka kekal hingga ke syurga (aku mendoakan yang sama). tapi ada juga mereka yang tidak dapat 'peluang' itu. peluang berkeluarga sendiri. namun, salahkah?? tidak bukan...pasti ada hikmahnya. yang berkahwin juga pasti ada hikmahnya. la tahzan... kerana Allah sebaik-baik perancang. percayalah itu...!!!

bila sebut tentang jodoh, jangan tanya saya...sungguh saya tidak mengetahuinya, sama juga dengan mati dan hari kiamat. itu semua rahsia Allah. kadang2 kita berkawan dengan seseorang sampai 8-10 tahun, tapi bukan dia jodoh kita. kadang2 kita benci sangat dengan orang itu, tup..tup...dialah Allah turunkan untuk kita. kadang2 kita rasa si dia itulah yang terbaik yang kita ada, tapi rupanya masih ada lagi rancangan Allah yang terbaik buat kita.

ramai orang cakap, nak kahwin kena usaha. salah satunya mereka cakap, kena la pandai main mata, ngorat sana, bergaya macam ni. tapi ada juga berpendapat, cukuplah jika kita mempersiapkan diri sebaiknya dan memperbaiki diri kita menjadi lebih baik, doa dan solat banyak2. kita buat bahagian kita, dan Allah pasti lakukan haknya. orang cakap air mata adalah senjata wanita tapi bukankah doa itu adalah senjata orang mukmin?? Allah kan dah berjanji dalam Quran, wanita yang baik untuk lelaki yang baik.

"Wanita-wanita yang keji diperuntukkan untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji diperuntukkan untuk wanita yang keji pula, dan wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi waita yang baik pula." (An Nur: 26)
kita mengimpikan lelaki yang baik tapi bagaimana diri kita? kita katakan susah nak cari lelaki yang baik tapi tengok balik, di mana kita cari? tempat yang baikkah??

orang cakap, kawhin sekali seumur hidup.. kena buat yang terbaik, all out semua. tapi hidup ni bukan sekali ke? tapi berapa ramai yang beri yang terbaik? atau berapa ramai mencuba menjadi baik? kadang2 'norms' kita adalah selalu memikirkan dan perkara yang kurang penting tanpa menyentuh perkara yang LEBIH/PALING penting. lebih utamakan dunia dari akhirat, lebih fokuskan apa yang ORANG akan cakap, dari apa yang Allah cakap, lebih pentingkan adat dan budaya dari Quran/Sunnah. ruginya kita...huhuhu...;-(

oleh itu, mari kita sama berdoa dan berusaha untuk menjadi manusia dan Muslim yang lebih baik. mendapat jodoh yang baik dan menghadapi pengakhiran yang baik2 juga. semoga hidup dan nikmat yang Allah pinjamkan buat kita tidak melalaikan tapi dan mendekatkan diri kita dengan Allah dan perkara2 yang positif. saya doakan rakan2 yang sudah berkahwin, bahagia hingggaaaaa ke akhirnya. dan semoga KITA semua bersama berada di Jannah yang Allah janjikan untuk kita.

"Hai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1)