Pages

Saturday, March 30, 2013

Appreciate...



Salam..


.

erm... okay... lets straight to the topic. appreciate!! word yang saya selalu mention. seriously... saya personally rasa kita semua kena tahu menghargai. kadang-kadang kita tak minta and tak suruh, tapi orang bagi, orang buat. kalau saya, situasi macam ni lagiiii la saya appreciate sangat. macam Allah tiba2 bagi kita suami yang sempurna (walau kita hanya minta suami yang baik je), memang rasa tak tahu nak cakap macam mana. hehehe.. 

tahu tak kita, berapa banyak effort yang orang itu dah buat, mungkin berapa banyak kesusahan dan kepayahan yang dia lalui untuk menggembirakan@memuaskan hati kita. atleast, APPRECIATE... walaupun mungkin benda/perkara tu kita tak suka, tak minta... bukan susah nak hargai, cakap thanks pun dah cukup memadai..percayalah...ia dapat legakan/memuaskan hati orang tu. 

kita selalu dengar, kita hanya akan menghargai bila kita kehilangannya. TRUE!! bukan bercakap tentang orang saja, tentang nikmat Allah. kaki, tangan.. semualah.. semua yang kita ada atas rahmat dari-Nya. 

kita tercipta tanpa kita pinta... adakah itu alasan untuk kita tidak hargai kehidupan yang ada?kadang2 Allah bagi kita nikmat yang kita minta pun... adakah itu membolehkan kita untuk tidak bersyukur kepada-Nya?Allah Maha Penyayang dan Pemurah... tapi Allah juga suruh kita hargai segala nikmat dari-Nya dengan bersyukur.

Nabi s.a.w pernah ditanya oleh isteri baginda, mengapa baginda bangun sebahagian daripada malam bersolat hingga bengkak kedua-dua kakinya, sedangkan Rasulullah telah diampunkan perkara terdahulu dan terkemudian.
Jawab Baginda SAW: 
“Bukankah aku ini hamba yang bersyukur.”
Maka sememangnya bersyukur itu sangat penting. dalam Al-quran sendiri Allah membandingkan orang yang bersyukur dengan orang yang sombong (tidak bersyukur).
“Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (ni’mat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (ni’mat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.”(Ibrahim: 7)
Cuma...perlulah diingat.. ada orang yang tahu menghargai tapi tidak pandai bersyukur. bersyukur itu peringkat yang lebih tinggi berbanding menghargai. banyak sangat kat dunia ni bijak nak menghargai seseorang tapi bersyukur ramai yang tidak. bersyukur bukan hanya setakat perkataan yang diucap tapi dari perbuatan yang dilakukan. mudah dan ramai tahu mengucapkan terima kasih sahaja tapi sukar orang nak bersyukur. selarilah dengan ayat yang Allah turunkan dalam Quran. banyak kali Allah mention bahawa terlalu sedikit yang bersyukur. salah satunya:
“Katakanlah: “Dia-lah Yang menciptakan kamu dan menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati”. (Tetapi) amat sedikit kamu bersyukur. (Al-Mulk: 23)
Bila kita baca ayat-ayat Allah yang menekankan tentang orang-orang yang tidak bersyukur, rasa sayu je hati ni. kadang-kadang rasa macam kena direct tepek kat dahi kita. banyaakk... banyak... sangat nikmat Allah bagi tapi banyak juga yang kita dustakan. huhuhu..  
  • kalau manusia, bila dia bagi banyak dan buat macam2 untuk kita, tapi kita tak tahu nak hargai..lama2 fed up juga orang itu..tapi itu lah...
  • Allah tak macam tu!! Dia tetap bagi...dengar keluhan/rintihan kita (walaupun sebab dari kesalahan kita)... dan Dia jugalah yang mencampakkan ketenangan dalam hati kita tatkala kita rasa resah dan gelisah. "Ampunkan aku kerana banyak berpaling dari-Mu, Ya Allah..";-( 

Dan.. orang yang paling kita kena hargai, haruslah parents kita. mak and abah kita yang lahirnya kita kerana mereka. mak kita yang tak pernah..tak pernah ok membenci kita dan meninggalkan kita. 
  1. biarlah satu universiti jauh dengan kita tapi mak dan abah kita tetap sokong dan sayang kita. 
  2. biarlah satu kolej tak nak dengar masalah kita, tapi mak dan abah tetap tebalkan telinga diorang dengar keluhan kita. 


DAN... begitu jugalah.. 
bila MAK dan ABAH dah takde, baru kita tahu nilai mereka. 
bila kita jadi MAK dan ABAH satu hari nanti, barulah kita faham perasaan mereka.                                                                                                                                          masa itu, nak appreciate pun tak boleh lagi, nak bersyukur pun dah terlambat... huhu :-(
Maka...marilah didik diri dan hati kita untuk sentiasa tahu menghargai orang lain... dan yang paling penting, jadilah hamba yang bersyukur. memang sukar tapi takkan pernah mustahil. selalulah muhasabah diri dan memperbaiki diri dari hari ke hari. moga kita tergolong dalam hamba-Nya yang bersyukur!! 

cepat2 pergi sujud syukur kat Allah dan telefon mak dan abah, cakap terima kasih SEKARANG..!! 
CEPAT-CEPAT!!;-)


Friday, March 8, 2013

susah....

ASSALAMUALAIKUM...

lumrah dunia... bersusah dahulu, bersenang kemudian...

bukti???





bukankah ibu kita melalu proses yang susah ketika mengandung dan melahirkan kita...? tapi setelah melalui semua itu, nyata senang hatinya melihat anak berjalan dan berlari dan seterusnya berjaya...





bukankah mereka yang kaya dan berjaya (seperti Mokhtar Al-Bukhary) menghadapi kesusahan dan cabaran dulu (contohnya berapa banyak kali beliau jatuh, bangun dan gagal lalu bangkit)...? tapi setelah mengenali apa itu susah, mereka senang membantu orang lain...



bukankah Rasulullah kita yang tercinta menghadapi dugaan dan cacian ketika ingin menyebarkan agama-Nya...? tapi setelah itu, Allah jadikan Islam hebat di mata dunia...






susahnya nak beribadat, jadi baik, istiqamah, menahan nafsu... tapi jika kita mampu, senanglah kita di akhirat sana....








jadi tiada jalan singkat dan mudah untuk berjaya... kenal susah dahulu, baru anda tahu bagaimana rasa senangnya... anda buat, anda dapat. 

untuk pelajar2 yang dikasihi, berusahalah...kerana Allah melihat usahamu bukan hasilnya. kerana apa yang anda dapat, Dia yang menentukan. tapi apa yang Allah nilai, usahamu tanpa kenal erti jemu. Good Luck for your finals!! semoga Allah permudahkan segalanya buat kalian...

Sunday, February 17, 2013

Cinta Seorang Pemuda

  • Saya suka sangat tengok jari jemari teman wanita saya, cantik betul. Sungguh!! Sampai saya takut nak pegang. Bukan takut jar-jemarinya patah, tapi takut nanti jari-jemari kami tidak boleh saling bantu membantu di satu hari yang amat dahsyat di hadapan Yang Maha Esa!
  • Saya suka sangat tengok rambutnya. Cantik betul...sungguh!! Sebab itu saya belikan dia tudung. Bukan sebab cemburu orang lain tengok, bukan! Tapi sebab saya mahu rambutnya sentiasa ditutup macam iklan dot dot dot itu sampai bila-bila... takut nanti terbakar dek api neraka, di suatu hari yang amat dahsyat di hadapan Yang Maha Pencipta!
  • Saya suka sangat tengok body teman wanita saya... solid betul. Sungguh!! Sebab itu saya belikan dia telekung supaya masa dating dengan Kekasih dia Yang Utama, dia jaaaaaaaaauh lebih cantik dan berseri menghadap-Nya. Saya pun tumpang dapat pahala.... syoknya!
  • Saya sedih sangat bila tengok teman wanita saya tidak tidur, tidak makan sebab rindukan saya. Saya pun macam itu juga. Si dia tanya, "Apa ubatnya, bang?" Saya pun bagi dia al-Quran sebagai penenang jiwa...semoga dia cintakan-Nya lebih daripada saya.
  • Saya sedih tengok dia selalu pesan macam-macam. "Makan, minum, jaga diri, pandu kereta elok-elok... nanti awak sakit saya juga susah hati... bla bla bla bla." Tapi bila tengok wayang sama-sama, terlepas Asar dan Maghrib begitu saja, dia tidak kata satu pun. Aduuuuh...berdosanya saya!
  • Saya memang sayang sangat pada dia. Saya mahu jumpa dia, bersama dia, cinta secinta-cintanya. Cinta yang abadi di dunia dan berkasih sayang di akhirat, ber'dating' di syurga kerana di situlah tempat yang kekal selama-lamanya.
  • Doakan kami saling ingat mengingati, insaf menginsafi. Ya Allah, ampunkanlah kami... semoga kami dapat kekal bersama selama-lamanya, di syurga nanti. Amin..
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda, “Pada hari kiamat Allah berfirman: Di manakah orang-orang yang saling mencintai kerana keagunganKu? Pada hari yang tiada naungan selain naunganKu ini, Aku menaungi mereka dengan naunganKu”.

kahwin....yuhuu...!!

Salam..

Hahaha..tiba2 je nak update blog. em... maybe rase rindu nak menulis.. banyak idea tapi mmg takde daya nak menulis kt sini.. otak ni sentiasa ligat dan aktif berfikir.. bukankah itu yang disuruh sebagai umat Islam??
KAHWIN... ramai sangat orang kahwin tahun 2013. tak kisah lah yang lagi tua or lagi muda dari aku skalipun. alhamdulillah jodoh anda sudah sampai. moga pilihan itu, adalah pilihan yang tepat dan anda bahagia hingga ke akhirnya..

Bila ramai orang menamatkan zaman bujang, bila umur makin meningkat (padahal tak tua la sgt..;-p), makin kerap org bertanya tentang giliran aku. hahaha.. bagi aku, itu semua doa. dalam diam aku mengaminkannya dalam hati. siapa tak nak kahwin? giler xnak kahwin... hehehe.. semua nak merasai sunnah nabi yang satu ini. ada yang cakap, best!! ada yang cakap kena prepare dari every aspects, ada yang cakap bestnya hanya awal2 perkahwinan. macam2kan... yelah, setiap orang mendapat bahagian yang berbeza.

aku?? bagi aku, perkahwinan sama saja seperti perkara2 yang aku lalui dalam hidup. ada tanggungjawab dan ada cabarannya. tak kahwin pun, kita memang sedia ada tanggungjawabnya, dugaan2 pun tetap ada(walaupun mungkin berbeza). bagi aku juga, perkahwinan perlulah membawa aku ke stage yang lebih tinggi (dari segi iman dan amal). kerana setiap keputusan yang kita ambil, perlulah berpaksikan kerana Allah. ramai yang berkahwin dulu, barulah meletakkan goal/aim mereka. tapi bagi aku, goal/objektif perkahwinan itu perlu ada dulu SEBELUM kita berkahwin. dengan itu, barulah kita akan melakukan segala usaha,   mempelajari ilmu2 yang perlu dan akhirnya memilih yang memenuhi kriteria yang perlu untuk mencapai objektif perkahwinan itu.

tiada lain nya atau uniknya kahwin itu, itu juga adalah proses kehidupan. yang mana kebanyakan orang menganggap, kehidupan mereka lengkap selepas mendirikan rumahtangga. ya...betul!! kerana kita melengkapi dan memenuhi fitrah yang ada dalam diri. ingin disyangi, dicintai dan dihargai. but then, if belum kahwin pun kita tak pandai untuk menyayangi, menyintai dan menghargai, bagaimana kita selepas kahwin?? atau yang lebih tepat, apa nasib pasangan kita kelak??

ada orang didunia ini, pernah kahwin namun jodoh mereka x panjang, kini bersendirian kembali. ada yang, alhamdulillah jodoh mereka kekal hingga mati, tapi yang paling nikmatnya bila jodoh mereka kekal hingga ke syurga (aku mendoakan yang sama). tapi ada juga mereka yang tidak dapat 'peluang' itu. peluang berkeluarga sendiri. namun, salahkah?? tidak bukan...pasti ada hikmahnya. yang berkahwin juga pasti ada hikmahnya. la tahzan... kerana Allah sebaik-baik perancang. percayalah itu...!!!

bila sebut tentang jodoh, jangan tanya saya...sungguh saya tidak mengetahuinya, sama juga dengan mati dan hari kiamat. itu semua rahsia Allah. kadang2 kita berkawan dengan seseorang sampai 8-10 tahun, tapi bukan dia jodoh kita. kadang2 kita benci sangat dengan orang itu, tup..tup...dialah Allah turunkan untuk kita. kadang2 kita rasa si dia itulah yang terbaik yang kita ada, tapi rupanya masih ada lagi rancangan Allah yang terbaik buat kita.

ramai orang cakap, nak kahwin kena usaha. salah satunya mereka cakap, kena la pandai main mata, ngorat sana, bergaya macam ni. tapi ada juga berpendapat, cukuplah jika kita mempersiapkan diri sebaiknya dan memperbaiki diri kita menjadi lebih baik, doa dan solat banyak2. kita buat bahagian kita, dan Allah pasti lakukan haknya. orang cakap air mata adalah senjata wanita tapi bukankah doa itu adalah senjata orang mukmin?? Allah kan dah berjanji dalam Quran, wanita yang baik untuk lelaki yang baik.

"Wanita-wanita yang keji diperuntukkan untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji diperuntukkan untuk wanita yang keji pula, dan wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi waita yang baik pula." (An Nur: 26)
kita mengimpikan lelaki yang baik tapi bagaimana diri kita? kita katakan susah nak cari lelaki yang baik tapi tengok balik, di mana kita cari? tempat yang baikkah??

orang cakap, kawhin sekali seumur hidup.. kena buat yang terbaik, all out semua. tapi hidup ni bukan sekali ke? tapi berapa ramai yang beri yang terbaik? atau berapa ramai mencuba menjadi baik? kadang2 'norms' kita adalah selalu memikirkan dan perkara yang kurang penting tanpa menyentuh perkara yang LEBIH/PALING penting. lebih utamakan dunia dari akhirat, lebih fokuskan apa yang ORANG akan cakap, dari apa yang Allah cakap, lebih pentingkan adat dan budaya dari Quran/Sunnah. ruginya kita...huhuhu...;-(

oleh itu, mari kita sama berdoa dan berusaha untuk menjadi manusia dan Muslim yang lebih baik. mendapat jodoh yang baik dan menghadapi pengakhiran yang baik2 juga. semoga hidup dan nikmat yang Allah pinjamkan buat kita tidak melalaikan tapi dan mendekatkan diri kita dengan Allah dan perkara2 yang positif. saya doakan rakan2 yang sudah berkahwin, bahagia hingggaaaaa ke akhirnya. dan semoga KITA semua bersama berada di Jannah yang Allah janjikan untuk kita.

"Hai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1)