Pages

Wednesday, March 30, 2011

Pertanyaan Muaz bin Jabal kepada Rasulullah..

Daripada Muaz bin Jabal RA, berkata, ”Khabarkan kepadaku suatu amalan yang membolehkan aku masuk ke dalam syurga dan menjauhkan aku dari neraka."

Jawab Rasulullah SAW, ”Sebenarnya engkau telah bertanya suatu perkara yang besar, dan sesungguhnya amat mudah sekali bagi sesiapa yang dimudahkan oleh Allah Ta’ala, iaitu hendaklah engkau menyembah Allah dan tidak menyekutukanNya dengan sesuatu yang lain, engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa sebulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah. ”

Kemudian Rasulullah bersabda lagi, ”Mahukah engkau aku khabarkan pokok amalan, tiangnya dan kemuncaknya?”

Muaz bin Jabal RA menjawab, ”Mahu, ya Rasulullah.”

Sabda baginda, ”Pokok amalan ialah Islam, tiangnya ialah sembahyang dan kemuncaknya ialah jihad.”

Kemudian Rasulullah bersabda lagi, ”Mahukah engkau aku khabarkan kunci kepada semua perkara ini?

Muaz menjawab, ”Mahu, ya Rasulullah.”

Lalu baginda memegang lidahnya seraya berkata, ”Awas, jaga ini baik-baik.”

Muaz bertanya lagi, ”Ya Rasulullah, adakah kami akan dituntut kerana berkata dengannya?”

Baginda lalu menjawab, ”Dan tidak akan dicampakkan manusia ke atas muka mereka atau batang hidung mereka ke dalam neraka, melainkan hasil tutur bicara mereka. ”
(Riwayat Tirmizi)

p/s: sedang cuba kurangkan bercakap...

No comments:

Post a Comment