Pages

Wednesday, February 23, 2011

ha..mengumpat!!

salam 2 everyone...

Lama giler x update blog..hehe..maaf bloggie, siyesly xde idea..eh,akceli byk je idea tp xtau nk tulis mcm mane..;-) sejujurnya i've been inspired by some particular person to write in this blog, even they inspired me indirectly. nak ckap byk2 terima kasih kepada 'individu' tersebut even its quite imposibble utk die membaca dan menyedarinya..


byk bnde yg berlaku sejak beberapa bulan yg lepas..tp smua nye sudah tertulis oleh Pemilik alam ini dan tersimpan seribu (malah mungkin lebih) hikmah di sebalik apa yang Dia rencanakan... bila dgr lagu Kebesaran-Mu (ST 12) especially part;
"Ku manusia yang penuh dosa,mengharap ampunan-Mu"
rase sebak sgt...dosa x terhitung nilainya kdg2 kerana nafsu, lalai dan keterlekaan dri sendiri..tp tgk la, betapa Allah Maha Penyayang, Dia memberi petunjuk dan peluang utk kita terus meperbaiki diri. syukur sgt Dia x matikan dalam keadaan murka kpd kita, nauzubillah...

Dan kalaulah Allah mengirakan kesalahan manusia serta terus menyeksa mereka disebabkan amal-amal jahat yang mereka telah kerjakan, tentulah la tidak membiarkan tinggal di muka bumi sesuatu makhluk yang bergerak; akan tetapi (dia tidak bertindak dengan serta merta, bahkan) Ia memberi tempoh kepada mereka hingga ke suatu masa yang tertentu; kemudian apabila sampai tempoh mereka (maka Allah akan membalas masing-masing dengan adilnya), kerana sesungguhnya Allah sentiasa Melihat keadaan hamba-hambaNya. (Fatir:45) 

mengumpat?
rasa nya tajuk ni ckup besar utk dibincangkan oleh hamba sekerdil aku. tapi semampu yg boleh aku cuba smpaikan walaupun sedikit cuma.

bila ujian dan peluang yang Allah beri, mengajar bermacam-macam erti. hukum Allah itu sendiri sgt cuba menjaga makhluk2 nya..kdg2 kita sgt suka memperkatakan tntg org lain tp tnpa sedar (atau sedar sebenarnya) itu adalah dosa. sama ada apa yg kita ungkapkan benar atau x.seringkali cuba utk menjauhi perbuatan2 itu tp seringkali juga tewas. bak kate seorang hamba Allah, mungkin kerana mengumpat itu, effect nye kte x nmpk obvious. kte x nmpk kelukaan yg tercipta di dlm hati individu yg kte umpat 2. merujuk kpd seorang ustaz, beliau berkata, bila kita bercakap tntg diri seseorang and jika dia mendengarnye umpatan itu, akan membuatkn die trase hati, maka itu dosa lidah kita. sdangkan dlm hukum hudud utk zina,jika seseoarng itu nmpk yang si A ni melakukan zina tnpa bersama dgn 3 lagi saksi (lelaki), maka dia perlulah mendiamkan diri tnpa menghebahkannya... dan jika dia melaporkan skali pn tnpa saksi-saksi yg lain, itu sudah dikira "khazhaf" (xtau eja betul ke x).tp itu x bermakna kita harus 'merestui' perbuatan itu..

Tuhan memberi pelbagai nikmat. setiap nikmat itu ada nilainya tnpa merendahkan nilai nikmat2 yg lain. dan salah satunya adalah mata. org barat percaya, "seeing is believing" tp sbagai umat Islam yg percaya kpd perkara-perkara ghaib ungkapan itu sbenarnya ptut kita jauhkan. Allah sendiri bukan menilai hamba-Nya dr luaran tetapi sejauh mana keimanan dan ketakwaan kita.nah...takwa dan iman itu sndri kita x nmpk dan x tau. Pencipta iaitu Tuhan Yang Maha Agung sendiri tidak melakukan nya apatah lg kita, ciptaan-Nya yg penuh dgn kekhilafan. kdg2 mata melihat, mulut mudah saja berkata. kdg2 mata melihat, hati cepat saja nak bersngka. klau berkata bnde yg elok, xpe jugak..klau bersngka baik, alhamdulillah..tp seringkali cenderung ke arah yg sebaliknya. sebenarnya byk pahala dan amal yg leh kita dpt dr mata kita. kita memandang ciptaan-Nya yang luas tnpa batas ni dgn rase kagum kpd-Nya pn 1 ibadah, kita memandang ibu dan bapa kita, dpt pahala, pandang Al-Quran, juga pahala..tp sayang, diri kita mencipta dosa dgn mata.

Bertanyalah nabi s.a.w kepada mereka : Tahukah kamu apakah yang dimaksudkan dengan Ghibah itu?. Lalu mereka menjawab : Allah dan rasulNya yang lebih tahu. Maka sabda nabi s.a.w : iaitu kamu membicarakan saudaramu tentang sesuatu yang dia tidak menyukainya. Kemudian nabi ditanya : bagaimana jika pada saudaraku itu terdapat apa yang saya katakan tadi?. Rasulullah s.a.w menjawab : Jika padanya terdapat apa yang kamu bicarakan itu maka bererti kamu mengumpatnya dan jika tidak seperti apa yang kamu bicarakan itu maka bererti kamu telah menuduhnya ( Riwayat imam Muslim, Abu Daud, Tarmizi dan Nasai’e)

so mcm mane nak elakkan dri dari mengumpat dan bercakap tntg org?salah satu cara nya kita haruslah mendidik hati kita utk bersangka baik..dgn sesiapa dan dlm keadaan apa skalipn..jgn mudah mengadili seseorang apa tah lagi kita x tahu sejauh mane kebenarannya. seterusnya kita mungkin leh mengelakkan dr bersama dgn org2 yg suke bercakap tntg hal org lain..krana mcm yg telah di tulis di atas, sama ada betul atau x, ttap salah. krana kita perlu sedar apakah kekurangan diri kita?mudah atau sgt suka mendgar tntg hal org lain?dan jika kita risau kita akn turut terlibat sama, nasihatnya, jauhkan lah diri.byk kan berdoa kepada Allah supaya Dia mendidik hati2 kita dngan perkara2 yg elok2 belaka..doa 2 snjata Muslim.

ini adalah peringatan utk diri sy sendiri dan seluruh nya..yg tertulis di atas hanyalah sebhgiannya shaja..byk lgi fkta dan cara utk kite menjauhi slh2 1 dosa besar ini..smoga sma-sama kita ambil iktibar

"Mari duduk sebentar, kita beriman sejenak"