Pages

Thursday, September 8, 2011

duit raya:siapa?kenapa?berapa?

skrip popular utk budak2 bila dtg beraya..;-)
salam... selamat hari raya utk semua...maaf zahir dan batin...tibe2 dtg mood nk tulis blog..sbenarnye da lme nk update tp arini mood tu bru dtg..since kite msih dlm bulan syawal, nak cite ckit tntg raye..bukn smbutan hari raye tp tntg duit raya..hehe..


bile dgr raye,msti duit raye trus muncul dlm pkran. sme de tua ke mude ke..yg tua pk nk bg bpe duit raye while yg mude duk pk nk kutip@kumpul duit raye n brangan angan nk dpt byk duit raye..bile diperhatikan sjak bebrapa hari ni, byk prsoalan yg di pk kn dlm minda ni...de soalan yg de jwapan nye tp de jugak yg x pasti apa jawapannye...
org hensem cmni bg duit raye, dpt seringgit pn xpe..;-p


soalan pertama: Siapa yang patut bagi duit raya?
- pendapat org rmai mmg common.. org yg kne bgi duit raye adalah org yg da kerja atau mempunyai pendapatan sendri..skang ni ikutkn umur da x dijadikan ukuran sme de org tu ptut bg duit raye ke x..asalkan bekerja..mcm artis2 zman skang,de yg lg mude dr aku tp da bg duit raye kt org..x tau la nk jge standard ke or pe pn alasan nye tp tu smua antara drng ngn Tuhan la..


soalan kedua: Orang yg da berumur perlu ke bg duit raya?
- erm..part ni aku x bape sure...kebnyakan org rse org yg da berumur x perlu la nk bg duir raye kt org pe tah lg klau drng x bkerja..tp klau de org yg brumur de duit lbh n kayoo...pe slhnye klau die nk bg duit raye kn?hehe...
byknye dpt duit raya...


soalan ketiga: Siapa pulak yg patut diberi duit raya?
- ni pn common la..budak2 cnfirm dpt...(tu yg budak2 x sbar nk raye, pdahal pose x pnuh pn..hehe). tp de byk gk pndapat..de org, slagi kte x keje or kwen, kte still akn dpt duit raye. tapi de org lak yg berpendapat, ble da bsar (em..mybe 20an), xperlu la nk kne bg duit raye...tp yg cnfirm dpt waktu raye ni, msti la anak2 yatim..x kre la bsar or kecik..kate mereka, utk membntu org yg kurng brnasib baik...alhamdulillah..papepun smua dpends on niat masing2...


soalan keempat: Berapa ringgit kena bg for duit raya?
- dlm hal ni mybe dpends on latar blakang family tu..kaye ke, sederhana ke, miskin ke..itu gk dpends kt mne drng tnggl.klau org bandar, mungkin lain amount nye n kt kg pn lain amount nye...tp de bbrapa characteristics stngah org letakkn utk setiap amount..
1) family (sedara, sepupu, cucu, anak buah, makcik, pakcik)
 - rapat@x? = bese nye klau rpat dapat la byk skit kot, yg x rpat sgt (xtau la cmne drng measure rpat tu) dpt lg skit dr yg rapat kot.
2) jiran-jiran atau anak kawan
 -  rapat@x? = same la jugak..klau rpat dapat la byk skit kot.
3) umur (baby, tadika, sek rendah, sek men, u)
- bese baby org suke bg byk skit sbb tau parents nk bli brng2 baby mahal2..hehee.. dak tadika or sek ren, amount drng x byk sgt..de yg rm1,rm2, plg byk pn rm5 la.. klau dak2 sek men up skit la amount die. dak u lak dpends gak, klau dpt, dpt byk la tp klau x dpt lngsung mmg menganga je la..;-p
4)bil adik bradik@dak2 yg dtg kt umah waktu tu..
- de org, klau dik bradik dak tu ramai, lbh suke bg lbh skit dr org yg adik bradik skit atau sorng je..maklumlah kne plan budget, tkut lari..hehe(tp ni apply utk org yg x rpat je kot). 
5)kedudukan ekonomi
-  faktor ni yg plg pnting..hehe..de org untung manyak woo raye tahun lpas tp raye tahun ni rugi lagi manyak..hehe..so klau da untung lbh tu, kuar pn lbh la..yg kurng untung tu, fhm2 je la..yg pnting bg ikut kemampuan, jgn sbb nk jge name n air muke bg melebihi kemampuan..tu da kre x ikhlas tu...bia sikit yg pnting ikhlas.
duit ni x laku..;-p


soalan kelima; Kenapa kena bagi duit raya?
- ni jugak soalan yg byk org pk tp drng mlas nk pk lbh2 since ni adat turun temurun, drng pn ikut je la..de org ckp, duit raya tu untuk sedekah di hari yg mulia..entah la...mybe kne wt more research on this..cari hadith2 or sunnah. aku x jmpe lg tp klau de spe2 yg terjmpe nass tntg ni,boleh la kongsi..smpaikan walau sepotong ayat kn?hehe..tp pape pn depends on niat la..tu yg plg pnting.


soalan keenam: Kemana duit raye tu?
- bese nye parents akn suh anak2 masuk kn duit tu kt bank, xpn asb la, tabung pendidikan la..plg koman pn, tabung la.. tp de gak stngah org kt luar tu, blum smpai 3 bulan duit tu dlm bank, mak bapak da kuar kan..kate nye nk pnjam tp x pulang2..hehe..bese la tu...utk kte2 yg bergelar anak ni, halalkan je la..harta kte harta mak bapak juger..lgpn bape la sgt duit tu klau nk dibandingkn duit yg drng da kuar kn.. tah2 duit tu pn digunakan utk korng jugak..hehe..


 walau apa pun jawapan and alasan nye apa yg pasti n perlu kite pastikan apa yang kita buat, ckp n keluarkan haruslah kerana Allah semata-mata.. ikhlas kerana-Nya..n harap yg berniat sedekah ngn duit raya or wt open house tu klau leh bersedekah la mse bulan2 lain gak..bukn ramadhan n syawal je..hehe..sbb mereka2 yg memerlukan or yg kurng brnasib baik bukan memerlukan mse puasa n raye je...;-)n utk mereka2 yg dah mule bg duit raya dgn niat yg baik, truskan usaha..next raya kasi up skit duit raya...hehe..


p/s: memberi itu lebih baik dari menerima...;-)



Wednesday, June 29, 2011

Peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad S.A.W. – 27 Rejab

1. Sebelum Israk dan Mikraj
Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.
2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan);
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
- Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
- Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).
- Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
- Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
- Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
- Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
- Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
- Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
- Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
- Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
- Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
- Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
- Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
1. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
11. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.
111. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.
1v. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.
v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
v1. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
v11. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, “Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”. Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberapa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
11x. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
1x. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
x. Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
5. Selepas Mikraj
Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam.
(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
Mafhum Firman Allah S. W. T. : “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1). wallahua’lam..
Sebarkan artikel ini walau dengan satu ayat. Semoga anda mendapat balasan setimpal dengan apa yang dilakukan.
Sumber dari OH! Islam... syukran

Friday, June 17, 2011

aduhai az athirah..

entah dari mana patut aku mule post kali ni..sebelum aku bukak blog ni, da byk kali aku pk kpd sape yg ptut aku luahkan pe yg aku rse skang ni..mncari dan mencari..pencarian aku gagal..aku akhirnya mmbuat kesimpulan bahawa cre yg terbaik adalah dgn meluahkan kpd mr.bloggie ni..knape aku plih blog? sbb walaupun blog ni terbuka kpd sesiape pun tp aku yakin, aku bukan la blogger atau penulis yg hebat dan popular. jd blog aku ni mybe xde sape yg visit n xkn de sape yg akn bce post aku ni..klu de yg terbce, aku anggap tu rezeki drng je..;-)

byk sbenarnye yg ingin aku luahkan..dulu bbrapa tahun lpas, mmg suke sgt tulis blog.luahkan mcm2 kt blog..tp ntah nape sjak bbrapa tahun kebelakangan ni, aku jd mls nk menulis dan menghabiskan mase di hadapan laptop ni utk mencari jalan, cara dan perkataan terbaik utk mentafsirkan idea2 dan prasaan aku.

sejujurnya skang aku rase lonely..tp bila aku dpt duk dan lihat family2 aku yg sgt menghargai aku dan sayang kt aku, prasaan tu perlahan2 berlalu pergi..tapi...prasaan tu ttap cube mnggugat hati ni. sbb pe? mybe sbb skang aku xde tmpt ngadu..tmpat luahkan pe yg aku rse...mak n dib?erm...smemangnye dr dlu smpai skang drng x pnah kecewakan aku n drng adalah pndgr yg plg hebat buat aku..tp ade gak perkara yg aku x leh n x mampu nk ceritakan kt mak n dib..jd at last, aku diamkan je..pendamkan je..n lalui je seorang dri walau x tahu sejauh mne dan selama mane aku mampu..kwn2?erm..de ke yg nak pnggil dri drng as kwn aku? mcm xde je..tp itu bukan la bnde yg plg aku kesal..mybe org akn pk aku blagak ble ckp mcm 2, tp dri dlu hngga skang aku salu cube x nak susahkan org lain dan aku x nak depend kt org. sbb aku prcaya drng x kn fhm mcm mane aku faham n rase..

slame ni..org ckp mcm2 kt aku..x ksah la kutuk ke, ngumpat ke, fitnah ke or pe sje..tp de yg aku xtau de yg aku tau..sedey?sape yg x sedey..tp aku anggap 2 lumrah dunia. slagi bercakap tu x kne byr or kne gne prepaid..org akn trus berckap..skang aku mmg xde sape2 (kecuali family).. dlu idup aku dikelilingi ngn rmai org..aku leh plih sape je utk luahkan pape..tp skang...sbb serik n fobia ngn org2 yg talam dua muke n hipokrit..aku berjge2..aku limit kn pergaulan aku so that drng x mudah lihat kelemahan aku dan x terbuka utk ckp mcm2 tntg aku.tp aku silap...ble org x knal aku, drng lg suke bercakap dan bercakap mcm aku ni xde hrga diri..aku x pnah kcu org...nak ngata org??aku sntiasa cube utk elakkan..lg2 skang ni aku dpt rse pe rasenye ble org brckap tntg kte...lbh2 lg bnde buruk n bnde yg x btol..

klau tujuan drng tu nk merendahkan self-esteem itu..keputusan nye...drng menang!!mmg self-esteem aku trun..sngat!n ble self esteem aku trun mmg x byk bnde aku mampu buat..tp tiap kali 'fenomena' tu berlaku aku cube mempositifkan dri n kuatkan dri..tp fenomena tu ttap salu brlaku n kdg2 aku x mampu nk pujuk ati n dri aku..ble self-esteem trun, mule rse aku x layak utk apa2 n utk sapa2..n itu leh musnahkan hidup aku..tp aku ingat lagu maher zain, "always be there".. n aku trus istighfar..

sekarang ni...rse cm nk idup sorng2 je..xde org sakit hati sbb aku n aku x sakit hati sbb sape2..n utk buat cmtu aku kne persiapkan dri n perkuatkan dri..sbb bkn mudah utk idup sorng2.huhu...aku ngah buat persiapan utk lpaskan apa yg aku de skang, perlahan2...tp arap sgat2 aku mampu hadapi..papepun dlm ati aku x putus2 berdoa utk Allah akan temukan aku ngn org2 yg leh buatkan aku 'lupe' smua tu..

erm...rse nye smpai sni dlu aku tulis pe yg tersirat dlm ati ni...mood menulis da mkin berkurang..n thanks to mr.bloggie sbb ade utk aku luahkan smua ni..salam...