Pages

Sunday, February 17, 2013

Cinta Seorang Pemuda

  • Saya suka sangat tengok jari jemari teman wanita saya, cantik betul. Sungguh!! Sampai saya takut nak pegang. Bukan takut jar-jemarinya patah, tapi takut nanti jari-jemari kami tidak boleh saling bantu membantu di satu hari yang amat dahsyat di hadapan Yang Maha Esa!
  • Saya suka sangat tengok rambutnya. Cantik betul...sungguh!! Sebab itu saya belikan dia tudung. Bukan sebab cemburu orang lain tengok, bukan! Tapi sebab saya mahu rambutnya sentiasa ditutup macam iklan dot dot dot itu sampai bila-bila... takut nanti terbakar dek api neraka, di suatu hari yang amat dahsyat di hadapan Yang Maha Pencipta!
  • Saya suka sangat tengok body teman wanita saya... solid betul. Sungguh!! Sebab itu saya belikan dia telekung supaya masa dating dengan Kekasih dia Yang Utama, dia jaaaaaaaaauh lebih cantik dan berseri menghadap-Nya. Saya pun tumpang dapat pahala.... syoknya!
  • Saya sedih sangat bila tengok teman wanita saya tidak tidur, tidak makan sebab rindukan saya. Saya pun macam itu juga. Si dia tanya, "Apa ubatnya, bang?" Saya pun bagi dia al-Quran sebagai penenang jiwa...semoga dia cintakan-Nya lebih daripada saya.
  • Saya sedih tengok dia selalu pesan macam-macam. "Makan, minum, jaga diri, pandu kereta elok-elok... nanti awak sakit saya juga susah hati... bla bla bla bla." Tapi bila tengok wayang sama-sama, terlepas Asar dan Maghrib begitu saja, dia tidak kata satu pun. Aduuuuh...berdosanya saya!
  • Saya memang sayang sangat pada dia. Saya mahu jumpa dia, bersama dia, cinta secinta-cintanya. Cinta yang abadi di dunia dan berkasih sayang di akhirat, ber'dating' di syurga kerana di situlah tempat yang kekal selama-lamanya.
  • Doakan kami saling ingat mengingati, insaf menginsafi. Ya Allah, ampunkanlah kami... semoga kami dapat kekal bersama selama-lamanya, di syurga nanti. Amin..
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda, “Pada hari kiamat Allah berfirman: Di manakah orang-orang yang saling mencintai kerana keagunganKu? Pada hari yang tiada naungan selain naunganKu ini, Aku menaungi mereka dengan naunganKu”.

No comments:

Post a Comment