Salam..
erm... okay... lets straight to the topic. appreciate!! word yang saya selalu mention. seriously... saya personally rasa kita semua kena tahu menghargai. kadang-kadang kita tak minta and tak suruh, tapi orang bagi, orang buat. kalau saya, situasi macam ni lagiiii la saya appreciate sangat. macam Allah tiba2 bagi kita suami yang sempurna (walau kita hanya minta suami yang baik je), memang rasa tak tahu nak cakap macam mana. hehehe..
tahu tak kita, berapa banyak effort yang orang itu dah buat, mungkin berapa banyak kesusahan dan kepayahan yang dia lalui untuk menggembirakan@memuaskan hati kita. atleast, APPRECIATE... walaupun mungkin benda/perkara tu kita tak suka, tak minta... bukan susah nak hargai, cakap thanks pun dah cukup memadai..percayalah...ia dapat legakan/memuaskan hati orang tu.
kita selalu dengar, kita hanya akan menghargai bila kita kehilangannya. TRUE!! bukan bercakap tentang orang saja, tentang nikmat Allah. kaki, tangan.. semualah.. semua yang kita ada atas rahmat dari-Nya.
kita tercipta tanpa kita pinta... adakah itu alasan untuk kita tidak hargai kehidupan yang ada?kadang2 Allah bagi kita nikmat yang kita minta pun... adakah itu membolehkan kita untuk tidak bersyukur kepada-Nya?Allah Maha Penyayang dan Pemurah... tapi Allah juga suruh kita hargai segala nikmat dari-Nya dengan bersyukur.
Nabi s.a.w pernah ditanya oleh isteri baginda, mengapa baginda bangun sebahagian daripada malam bersolat hingga bengkak kedua-dua kakinya, sedangkan Rasulullah telah diampunkan perkara terdahulu dan terkemudian.
Jawab Baginda SAW:
“Bukankah aku ini hamba yang bersyukur.”
Maka sememangnya bersyukur itu sangat penting. dalam Al-quran sendiri Allah membandingkan orang yang bersyukur dengan orang yang sombong (tidak bersyukur).
“Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (ni’mat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (ni’mat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.”(Ibrahim: 7)
Cuma...perlulah diingat.. ada orang yang tahu menghargai tapi tidak pandai bersyukur. bersyukur itu peringkat yang lebih tinggi berbanding menghargai. banyak sangat kat dunia ni bijak nak menghargai seseorang tapi bersyukur ramai yang tidak. bersyukur bukan hanya setakat perkataan yang diucap tapi dari perbuatan yang dilakukan. mudah dan ramai tahu mengucapkan terima kasih sahaja tapi sukar orang nak bersyukur. selarilah dengan ayat yang Allah turunkan dalam Quran. banyak kali Allah mention bahawa terlalu sedikit yang bersyukur. salah satunya:
“Katakanlah: “Dia-lah Yang menciptakan kamu dan menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati”. (Tetapi) amat sedikit kamu bersyukur.“ (Al-Mulk: 23)
Bila kita baca ayat-ayat Allah yang menekankan tentang orang-orang yang tidak bersyukur, rasa sayu je hati ni. kadang-kadang rasa macam kena direct tepek kat dahi kita. banyaakk... banyak... sangat nikmat Allah bagi tapi banyak juga yang kita dustakan. huhuhu..
- kalau manusia, bila dia bagi banyak dan buat macam2 untuk kita, tapi kita tak tahu nak hargai..lama2 fed up juga orang itu..tapi itu lah...
- Allah tak macam tu!! Dia tetap bagi...dengar keluhan/rintihan kita (walaupun sebab dari kesalahan kita)... dan Dia jugalah yang mencampakkan ketenangan dalam hati kita tatkala kita rasa resah dan gelisah. "Ampunkan aku kerana banyak berpaling dari-Mu, Ya Allah..";-(
Dan.. orang yang paling kita kena hargai, haruslah parents kita. mak and abah kita yang lahirnya kita kerana mereka. mak kita yang tak pernah..tak pernah ok membenci kita dan meninggalkan kita.
- biarlah satu universiti jauh dengan kita tapi mak dan abah kita tetap sokong dan sayang kita.
- biarlah satu kolej tak nak dengar masalah kita, tapi mak dan abah tetap tebalkan telinga diorang dengar keluhan kita.
DAN... begitu jugalah..
bila MAK dan ABAH dah takde, baru kita tahu nilai mereka.
bila kita jadi MAK dan ABAH satu hari nanti, barulah kita faham perasaan mereka. masa itu, nak appreciate pun tak boleh lagi, nak bersyukur pun dah terlambat... huhu :-(
bila kita jadi MAK dan ABAH satu hari nanti, barulah kita faham perasaan mereka. masa itu, nak appreciate pun tak boleh lagi, nak bersyukur pun dah terlambat... huhu :-(
Maka...marilah didik diri dan hati kita untuk sentiasa tahu menghargai orang lain... dan yang paling penting, jadilah hamba yang bersyukur. memang sukar tapi takkan pernah mustahil. selalulah muhasabah diri dan memperbaiki diri dari hari ke hari. moga kita tergolong dalam hamba-Nya yang bersyukur!!
cepat2 pergi sujud syukur kat Allah dan telefon mak dan abah, cakap terima kasih SEKARANG..!!
CEPAT-CEPAT!!;-)